Hubungi Mun'im sekarang untuk selesaikan masalah hartanah segera..
Usah risau hartanah tidak terjual lagi.
Terus urusan kerja harian and seperti biasa. Biarkan pada saya untuk pikul amanah menjual hartanah anda itu.
Selama lebih 2 tahun saya menjadi Perunding Hartanah, saya gembira dapat membantu menyelesaikan kebuntuan pemilik hartanah dalam menjualkan hartanah mereka.
Ada pemilik hartanah yang mengalami masalah rumah hampir dilelong, masalah penama dalam geran yang telah meninggal dunia(aset beku), masalah modal dalam perniagaan, dijatuhi bankrap dan sebagainya.
"Alhamdulillah syukur pada-Nya, kelebihan ilmu, pengalaman dan minat yang mendalam dalam kerjaya industri hartanah ini, saya terus fokus dan komited membantu para pemilik hartanah dan pembeli selama lebih 2 tahun." - Mun'im Rahman
Jualan hartanah ni bukan macam jualan keropok lekor panas. Lepas selesai masak, sekali letak je terus habis.
Bukan bagi hartanah kerana secara kasar nampak mudah, tapi amat mencabar untuk "menonjolkan" hartanah dikalangan beratus ribu unit yang lain di luar sana.
Kita wajib tahu, hartanah ini sifatnya homogenous.
Terdapat pelbagai perbezaan sifat yang membuatkan walaupun hartanah bersebelahan, cara yang unik diperlukan untuk menguruskan proses pindahmilik dan ia beri kesan terus pada proses pinjaman/pembiaan bagi pembeli.
Umumnya, bagi jualan hartanah kita hendaklah jelas :-
berapa nilai harga tawaran kita yang sesuai.
kelebihan hartanah kita berbanding yang lain dipanggil USP(Unique Selling Proposition)
Strategi pemasaran untuk menampakkan hartanah kita.
Jaringan pemasaran hartanah yang boleh kita koleborasi.
Aspek perundang untuk menjalan pindah milik secara tersusun, jelas dan selamat,
Bagi menjayakan semua proses ini akan melibatkan ilmu, pengalaman, tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan proses jualan selesai jayanya.
Jadi, izinkan saya membantu anda memasarkan hartanah anda dan anda mencapai impian anda impikan.
Ini antara sebab ramai pelanggan memilih kami dalam membantu mereka menjualkan atau menyewakan hartanah mereka:-
Saya berpengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan hartanah dengan kerjasama erat bersama team seperjuangan.
Saya mempunyai medium pemasaran yang luas dan berkesan untuk memasarkan hartanah anda.
Saya ada jaringan team pegawai bank, peguam cekap, penilai bersedia untuk memudahkan jualan hartanah anda.
Mempunyai database mereka yang mahu membeli atau menyewa rumah yang bertambah setiap hari.
Memberi khidmat nasihat secara ekslusif bagi percepat jualan hartanah anda.
Teliti dalam beri nasihat harga pasaran hartanah anda yang sesuai.
Menjaga kes jual beli hartanah secara rapat dari awal sehingga akhir.
Kemahiran negotiasi berkesan bagi kedua pihak yang terlibat.
Untuk teruskan jualan hartanah anda bersama Mun'im Rahman, sila isikan borang di bawah.