Hubungi Mun'im sekarang untuk selesaikan masalah hartanah segera..
Assalamualaikum dan selamat datang.
Saya, Mun’im Rahman atau lebih santai dipanggil Muim. Saya merupakan Perunding Hartanah Berdaftar (REN No. 43039) dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta(LPPEHP). Saya kini bernaung di bawah syarikat IQI IRealty Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran syarikat E(1)1747 .
Sedikit latar belakang saya, saya dibesarkan di Seri Kembangan dan memperolehi ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal. Kemudian saya telah bekerja lebih 11 tahun pengalaman keseluruhan dalam industri pembinaan sebagai kontraktor dan perunding rekabentuk sistem mekanikal dan elektrikal. Pengalaman kerja terdahulu banyak melibatkan urusan bersama pihak pemaju, arkitek, jurutera sivil dan struktur, quantity surveyor, dan juga pemilik hartanah. Pengalaman dari bermulanya rekabentuk bangunan, tender dan lantikan kontraktor, pembinaan, penyerahan bangunan dan pembaikan bangunan dapat berikan kelebihan dalam bidang hartanah ini.
Atas sebab minat yang mendalam dan kelebihan ilmu juga pengalaman dalam bidang hartanah, saya bertekad untuk fokus dan komited menjadi perunding hartanah sepenuh masa. Saya bersyukur dapat membantu anda dalam mengurus transaksi jual, beli dan sewa semua jenis hartanah kediaman dan komersial secara professional dengan telus, lancar dan selamat.
Setuju Nak Jual / Sewa Hartanah Anda?
Nak Cari Hartanah Untuk Beli / Sewa ?
Ada masalah tentang hartanah dan mahu dapatkan nasihat percuma?
Saya akan membuat pemeriksaan hartanah dan berikan khidmat nasihat teknikal secara professional bagi memastikan proses jualan/belian hartanah anda berjalan lancar.
Segala transaksi hartanah akan saya selesaikan dengan cepat dan pantas dari pengalaman menguruskan transaksi hartanah terdahulu.
Saya akan membantu wakilkan anda dalam berhubung dengan orang yang anda tidak kenali demi menjaga keselamatan dan privasi anda.
Ejensi saya bernaung berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah Malaysia yang tertakluk pada peraturan dan undang-undang yang ketat.
Anda bukan seorang sahaja yang sedang menjual hartanah anda, tapi ramai pesaing di pasaran. Saya akan membantu kenal pasti pesaing supaya penjualan hartanah anda dapat dibuat dengan segera.
Seni pengambilan fotografi untuk pengiklanan antara kriteria penting rumah dapat menarik minat pembeli dan rumah terjual dengan cepat. Saya akan mengambil gambar hartanah secara professional dan memproses gambar tersebut untuk diiklankan.
Dengan pengalaman dan hubungan yang erat, saya mempunyai jaringan peguam hartanah, penilai hartanah dan pegawai bank bagi membantu melancarkan proses jualan atau belian hartanah anda.
Dengan pelbagai transaksi hartanah berjaya di bantu dengan jayanya, semestinya saya dan tim mempunyai pengalaman luas. Semestinya anda memilih ejen hartanah yang tepat!
Khidmat jual, beli atau sewa yang kami tawarkan adalah komprehensif dan lengkap. Ia bermula daripada :-
lantikan agensi, saya menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi supaya rumah anda dijual segera,
memasarkan hartanah anda di portal hartanah secara meluas,
menguruskan proses negosiasi supaya anda mendapat nilai terbaik,
membantu urusan permohonan pinjaman serta khidmat guaman, sehingga rumah anda selesai terjual.
Saya anggap, anda datang sebagai pelanggan dan tamat urusan kekal sebagai kawan untuk saya terus bantu dalam perjalanan anda dalam segala transaksi hartanah.