Jual Hartanah

Perunding Hartanah | Jual , Beli dan Sewa Hartanah 

SERVIS

Perkhidmatan yang saya tawarkan :

Matlamat Fokus Utama: Menjayakan Penjualan Hartanah Anda

Usah risau hartanah tidak terjual lagi. 

Terus urusan kerja harian and seperti biasa. Biarkan pada saya untuk pikul amanah menjual hartanah anda itu.

Selama lebih 2 tahun saya menjadi Perunding Hartanah, saya gembira dapat membantu menyelesaikan kebuntuan pemilik hartanah dalam menjualkan hartanah mereka.

Ada pemilik hartanah yang mengalami masalah rumah hampir dilelong, masalah penama dalam geran yang telah meninggal dunia(aset beku), masalah modal dalam perniagaan, dijatuhi bankrap dan sebagainya.

"Alhamdulillah syukur pada-Nya, kelebihan ilmu, pengalaman dan minat yang mendalam dalam kerjaya industri hartanah ini, saya terus fokus dan komited membantu para pemilik hartanah dan pembeli selama lebih 2 tahun." - Mun'im Rahman



SERVIS

Perkhidmatan yang saya tawarkan :

Pemasaran Hartanah ini Tak Mudah dan Boleh Jadi Kompleks. Sebabnya...

Jualan hartanah ni bukan macam jualan keropok lekor panas. Lepas selesai masak, sekali letak je terus habis. 

Bukan bagi hartanah kerana secara kasar nampak mudah, tapi amat mencabar untuk "menonjolkan" hartanah dikalangan beratus ribu unit yang lain di luar sana. 

Kita wajib tahu, hartanah ini sifatnya homogenous.

Terdapat pelbagai perbezaan sifat yang membuatkan walaupun hartanah bersebelahan, cara yang unik diperlukan untuk menguruskan proses pindahmilik dan ia beri kesan terus pada proses pinjaman/pembiaan bagi pembeli. 

Umumnya, bagi jualan hartanah kita hendaklah jelas :- 

Bagi menjayakan semua proses ini akan melibatkan ilmu, pengalaman, tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan proses jualan selesai jayanya. 

Jadi, izinkan saya membantu anda memasarkan hartanah anda dan anda mencapai impian anda impikan. 

11 Sebab Kenapa Memilih Saya ?

Ini antara sebab ramai pelanggan memilih kami dalam membantu mereka menjualkan atau menyewakan hartanah mereka:-

Untuk teruskan jualan hartanah anda bersama Mun'im Rahman, sila isikan borang di bawah.


Borang Jual Hartanah

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda.