Hi, saya Mun'im Rahman

| Perunding Hartanah | 

| Jual , Beli dan Sewa Hartanah |

Assalamualaikum dan selamat datang. 

Saya, Mun’im Rahman atau lebih santai dipanggil Muim. Saya merupakan Perunding Hartanah Berdaftar (REN No. 43039) dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta(LPPEHP). Saya kini bernaung di bawah syarikat IQI IRealty Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran syarikat E(1)1747 .


Sedikit latar belakang saya, saya dibesarkan di Seri Kembangan dan memperolehi ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal. Kemudian saya telah bekerja lebih 11 tahun pengalaman keseluruhan dalam industri pembinaan sebagai kontraktor dan perunding rekabentuk sistem mekanikal dan elektrikal. Pengalaman kerja terdahulu banyak melibatkan urusan bersama pihak pemaju, arkitek, jurutera sivil dan struktur, quantity surveyor, dan juga pemilik hartanah. Pengalaman dari bermulanya rekabentuk bangunan, tender dan lantikan kontraktor, pembinaan, penyerahan bangunan dan pembaikan bangunan dapat berikan kelebihan dalam bidang hartanah ini.


Atas sebab minat yang mendalam dan kelebihan ilmu juga pengalaman dalam bidang hartanah, saya bertekad untuk fokus dan komited menjadi perunding hartanah sepenuh masa. Saya bersyukur dapat membantu anda dalam mengurus transaksi jual, beli dan sewa semua jenis hartanah kediaman dan komersial secara professional dengan telus, lancar dan selamat.

PENCAPAIAN

Syukur diizinkan mencapai beberapa anugerah :

SERVIS

Perkhidmatan yang saya tawarkan :

JUAL HARTANAH

Setuju Nak Jual / Sewa Hartanah Anda? 

BELI HARTANAH

Nak Cari Hartanah Untuk Beli / Sewa ?

KONSULTANSI

Ada masalah tentang hartanah dan mahu dapatkan nasihat percuma? 

11 Sebab Kenapa Memilih Saya ?

Pemeriksaan Hartanah

Saya akan membuat pemeriksaan hartanah dan berikan khidmat nasihat teknikal secara professional bagi memastikan proses jualan/belian hartanah anda berjalan lancar.

Jimat Masa dan Mudah

Segala transaksi hartanah akan saya selesaikan dengan cepat dan pantas dari pengalaman menguruskan transaksi hartanah terdahulu.

Dijamin Selamat

Saya akan membantu wakilkan anda dalam berhubung dengan orang yang anda tidak kenali demi menjaga keselamatan dan privasi anda.

Mengikut Undang-Undang

Ejensi saya bernaung berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah Malaysia yang tertakluk pada peraturan dan undang-undang yang ketat.  


Analisa Pasaran

Anda bukan seorang sahaja yang sedang menjual hartanah anda, tapi ramai pesaing di pasaran. Saya akan membantu kenal pasti pesaing supaya penjualan hartanah anda dapat dibuat dengan segera. 

Fotografi Pengiklanan

Seni pengambilan fotografi untuk pengiklanan antara kriteria penting rumah dapat menarik minat pembeli dan rumah terjual dengan cepat. Saya akan mengambil gambar hartanah secara professional dan memproses gambar tersebut untuk diiklankan. 

Jaringan Pemasaran Efektif

Saya mempunyai pelbagai portal pengiklan khusus yang meluas dan di pasarkan secara agressif oleh saya dan team. 

Pasukan Ejen Hartanah Yang Komited

Anda bukan hanya dibantu oleh saya tetapi keseluruhan pasukan ejen hartanah yang komited yang lebih dari 100 orang ejen hartanah yang merupakan kenalan rapat saya. 

Jaringan Penilai, Peguam & Pegawai Bank Yang Luas

Dengan pengalaman dan hubungan yang erat, saya mempunyai jaringan peguam hartanah, penilai hartanah dan pegawai bank bagi membantu melancarkan proses jualan atau belian hartanah anda. 

Rekod Prestasi Bersih

Dengan pelbagai transaksi hartanah berjaya di bantu dengan jayanya, semestinya saya dan tim mempunyai pengalaman luas. Semestinya anda memilih ejen hartanah yang tepat! 

Urus Jualbeli dari A-Z Sehingga Selesai

Khidmat jual, beli atau sewa yang kami tawarkan adalah komprehensif dan lengkap. Ia bermula daripada :-

Saya anggap, anda datang sebagai pelanggan dan tamat urusan kekal sebagai kawan untuk saya terus bantu dalam perjalanan anda dalam segala transaksi hartanah.  

Senarai Hartanah Aktif Di Sini

Ikuti Saya di AMNI Realty Seperti Di Sini


Antara Senarai Hartanah Saya:

>>> KLIK SENARAI TERBAIK HARTANAH DI SINI <<